? ??????????????The Drawn Eclipse? ????? ?? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??2 Grabs Today. 1269 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Abstract Rainbow? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??2 Grabs Today. 8037 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

.Just for preview.[i go]

Monday, December 21, 2009

TAHUN BARU DISAMBUT DGN HIBA OLEH KELUARGA AL-DJAMALULAIL.

Hari Isnin- 21 Disember 2009 bersamaan dengan 4 Muharram..

pada pkul 10 pagi, ku akhirnya kehilangan seorang Opah. selama 18 tahun aku hidup, 2 orang nenek sahaja lah tempat aku boleh ngaku pada semua orang yang "aku ada 2 orang nenek!" setelah kedua-dua arwah atuk aku meninggal sebelum aku dilahirkan.

aku tersentuh bila Walid aku kata, "sekarang tinggal Tok Hajah je sebagai nenek. Opah dah takde dah,"

Air mata aku yang memang dah kering dan aku rasa dah kering lepas hampir 11 jam menangis, masih boleh lagi aku menangis.

seharian kawan-kawan mama, sepupu, makcik2 tepuk2 belakang aku dengan aimi pujuk jangan menangis. aku dah cuba bukan tak cuba untuk xnak nangis. tapi dah x dapat nak control. tgk jasad opah aku menangis, tgk bilik opah aku menangis lagi, orang cerita pasal kematian opah aku menangis. aku teringat opah. ..mana taknya, kitaorang jaga opah sejak opah masih belum kena operate bisul waktu kitaorang umur 9thn.

suap makan, tukar lampin, mandikan opah, bawak opah jalan2, angkat opah..semua kitaorang lakukan sejak umur 9 tahun...rasa sekarang Opah takde macam opah masih ada cuma baru kitaorang hantar balik shah alam pergi rumah Abah

kebanyakkan sepupu2 aku sedih tapi x menangis, tak macam kitaorang. yes, sebab tak banyak kenangan yg diaorg ada sepanjang opah hidup. bknlah aku kata aku byk sangat berjasa. tapi entahlah. sampai skrg air mata aku masih boleh bocor setiap kali ckp pasal arwah opah.

tapi at least aku bersyukur, sepanjang urusan pengebumian berjalan lancar walaupun aku terkilan x dpt nk baca Yassin untuk arwah. pengebumian berlangsung selepas solat asar, hampir 200 org jemaah tunaikan solat jenazah untuk arwah. alhamdulilaah. muka arwah opah seolah-olah tersenyum selepas dimandikan.

dikebumikan di seksyen 21 Shah Alam bersebelahan dgn cicitnya,(rasanya lah)...pengebumian berlaku dgn cepat sehingga aku seolah-olah x rasa opah dah takde lagi di muka bumi ni.:(

tggal jasad.
keadaan arwah opah ketika doktor tiba untuk check nadi. sedih gile time ni. First time aku mengalami saat kematian orang kat rumah aku sendiri. lebih2 lagi dia nenek sendri. hhuhuhu.
seolah-olah arwah masih bernafas di sebalik kain putih.
selepas dimandikan dan dikafankan di masjid darul ehsan ss15. nampak bersih sahaja muka arwah. tenang.
menantu arwah opah-balu arwah Ami U, ende yan sedang beri penghormatan terakhir.
anak arwah 7 orang tolak 1, cucu tidak terbilang dgn jari, cicit juga ramai, berebut mahu beri penghormatan terakhir. Arwah sungguh beruntung!

cucu terakhir memberi penghormtan..

semoga roh Arwah Opah, S.Zabidah binti S.Esa dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beramal soleh!

0 letak apa?: