? ??????????????The Drawn Eclipse? ????? ?? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??2 Grabs Today. 1269 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Abstract Rainbow? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??2 Grabs Today. 8037 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

.Just for preview.[i go]

Saturday, February 14, 2009

9x Engine OFF

Ya! hari nie hari pertama gue amik kelas D lesen L. kalau minggu lepas gue dah lepas Test undang2 dengan markah boleh tahan. Hari nie gue memandu pula.



soalan: apa perasaan gue saat sebelum mahu memandu?
jawapannya: Kecut perut siot. Perut gue memulas pagi-pagi..rasa macam nak TerBER tapi gue tahan sahaja.
soalan: Apa perasaan gue saat semasa memandu?
jawapannya: sejuk tangan gue dowh ketika first time pegang stereng[tipulah tu first time], ok3. third time. tapi kali nie ada kelainan kot. sebelah gue ada Cikgu. memang agak seram sejuk ah tangan. lebih2 lagi time nak naik bukit. adoihh..dup. dap. dup. dap. tak terkata la. Hanya ALLAH je tahu bertapa gementarnya gue.

soalan: Apa perasaan gue setelah hampir 2jam memandu?
Jawapannya: Adoihh..kaki gue dah penat siot tekan clutch dengan break ni. sampai gue pn dah Out of focus. sampai gue ingat minyak tu break. apalagi. menderam laju ah kereta kancil tu gue buat kat atas bukit. nasib tak terundur sampai ke bawah. adoy2.:((


Lol. Kak Norma ambil gue di rumah pukul 8[mmg sharp pkul 8 dowh], pastu dia ambik lagi 3 orang lelaki. Hah! berhimpit la mereka di seat belakang. sorang Nama Anas, sorang Nama Tariq, sorang lagi nama Farouk.


si Tariq ni sekali tgk mengingatkan gue pada adik Syarizan iaitu Syaddad. yang bezanya si Tariq ni rambut dia kerinting ala-ala adik beradik Jonas. sape eh? nama yg bongsu tu. gue dh lupa. tapi muka dia lebih kurang macam adik bongsu JOnas brother tu la. mmg hensem boleh thn. manakala si Farouk ni...gue memang pernah nampak kot dia nie. sebab gue dengar2[pasang telinga sudah] yang si Farouk ni cakap dia kerja kat Baskin. so mmg sahla gue pernah nampak dia sebelum ni time borak dengan Syed dekat Baskin Subang Parade.


Okey, dipendekkan cerita, gue punya cikgu namanya ialah Abang Zamri. so panggil Abang Zam ah. Kereta gue bernombor plat WLU 2730 & berdaftar nombor 1. duduk dalam tu sama dengan dia memang buat gue kurang selesa. bukan sebab gue terpikat. sorry sikit huh! tapi sebab Abang Zamri ni tak byk cakap la. gue bosan sudeh.:((


First time gue kena memandu naik bukit. oppp...kereta meluncur ke belakang dowh. Oh waaaah! cuak2. Nasib Abang Zam yg tekankan break. aduhhh..naya gue. susah dow nak seimbangkan clutch, dengan Minyak. serious cakap susah. tapi mula2 gue memandu atas bukit. Abang Zamri cakap. gue betul2 parking bertentangan dengan tiang.perfect. fuhh.kembang kempis lobang hidung nie. wakakaka.


Gue boleh memandu naik bukit tapi time nak naik tu. gue pergi tekan Clutch sama dalam dengan gue tekan minyak. patutnya gue selaraskan clutch then tekan minyak sikit. Habisla enjin mati.


pastu second task, parking. Fuhhh..Parking ni kira gue hebat la....tapi mula2 je. lepas dah round ke 4 gue buat parking. mula dah gue melanggar tiang nombor 4 dengan 6. kemudian bila nak keluar daripada parking pn again, tambah pula 4 tiang gue jatuhkan. so Total mark tiang gue jatuh ialah 6. hahaha.segan siot. terus Cikgu Zam tegur gue:



Cikgu Zamri: Ni Apahai ni...? tadi parking semua elok je. sekarang dah langgar2.


Akulah: tak sengaja larh. sorrylah cikgu.


huhuhu.segan2. biarlah gue kan masih belajar. sronok jugak langgar2 tiang ni. kasi dia jatuh sikit boleh jugak gue gerakkan lutut nie keluar kereta pigi angkat itu tiang. takdelah kebas 3 jam duduk dalam kereta je.ye tak?


habis Bukit,Parking...sekarang 3 penjuru pulak. yg nie boleh tahan senang jugaklah. cuma nak pusing stereng tu kena pantas ah. dahlah stereng tu berat. nasib baik buku kat MPH lagi berat. so gue da biasa. 3 penjuru la paling sronok gue buat. setuju dengan cikgu Azam hari tu.:))


so mulai daripada situlah, gue asyik pusing-pusing buat benda sama. daripada bukit terus ke parking terus ke 3 penjuru kemudian balik ke bukit. Hah, begitulah pusing2 nya.


Gue nie biasalah. kalau dah bosan. memang ah out of focus. tapi apa boleh buat. nasib baik saat2 akhir je yg akuh k.o sikit. bukan apa, penat la kaki nak pijak clutch semua.huhuhuhu.


lagi best, si cikgu Zam nie bukan main tinggalkan gue sorg2 bawak kereta. Katanya nak ke tandas. gue tengok lepas gue dah habis buat 3 penjuru. dia boleh2 pulak lepak dekat pondok atas bukit sambil hisap rokok sebatang. menanti/memerhati gue daripada situ la gamaknya.


Tak tahu ke dia yang jantung gue dah berdetap sekali boleh tersiat bila tiba giliran gue naik bukit.


waduhhh..menderum enjin kereta bila gue terpijak clutch & minyak at the same time kereta mengundur. cuak punya pasal. cepat2 gue pijak break kaki. then tarik break tangan. bodoh ah kereta nie. Gue dah pijak minyak sampai 3 dia naik sampai 6. siot tul. clutch pn sama. rilek ah. Akuh nak selaraskan la nie. nak taknak, gue terpaksa tarik nafas, buat2 muka tenang je[sebab ada cikgu lain dekat cermin tingkap gue tengok gue kalau2 ada problem]. bila gue dah tenang baru kereta clutch & minyak jadi stabil. hohoho. terus buat parking. okey je. no prob. then time gue tunggu turn nak buat 3 penjuru. Cikgu Zamri masuk balik.



Cikgu Zamri: tu boleh pulak buat parking dengan cantik tu. tadi bukan main langgar2.


Akulah[gelak je] : Tadi tak sedar. terlupa.. sebab tu out of focus.


Cikgu Zamri: tadi time naik bukit okey je. tapi time nak turun tu. nape la pergi tekan clutch sama dengan minyak? kan dah terundur kereta tu. Nasib kamo sempat buat break.


Akulah: Silap2. tak sedar kaki kiri tertekan clutch dalam sangat. lupa nak selaraskan. sedar2 enjin dah mengaum. hooho.:P


Cikgu Zamri: takpe-takpe. Nasib kamo lepas jugak. okey, buat 3 penjuru pulak. ni last. lepas tu pandu terus ke depan HQ.


Akulah: oraite.:))


dah nak balik. confirm ah akuhsemangat beb. penat dowh. keluar2 kereta kaki dah takdapat nak tegak sangat. fuhh..longgar kepala lutut dengan skru betis gue. adoiyaii.:PP


Wachaaaaaaaaaaaaaaa!~

0 letak apa?: