? ??????????????The Drawn Eclipse? ????? ?? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??2 Grabs Today. 1269 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Abstract Rainbow? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??2 Grabs Today. 8037 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

.Just for preview.[i go]

Sunday, January 3, 2010

new blogspot people!!


http://lowfat91.blogspot.com/

aku akan mulakan hidup baru di sana. blogspot ni dijadikan kenangan.

so mari kita ber "HIJRAH" ppl!!

:DDD

Wednesday, December 30, 2009

ATTENTION!

Its Gonna be New Year People.

here comes 2010!

so as u all know. i will not be using this blog again. i will open my 2010 blogspot n clost my 2009 blogspot.

Again will be a History. sniff sniff*:(

will updated the new blogs title later.

g2g back to kampung for kenduri this morning..

c yaa. ppl. thank u for watchingg n reading.:D

BELL RINGS IN THE HOSPITAL

1 of my closest n bestie masuk hospita harini. No worries no worries. she just doing her operation on her tonsil je.:) Alhamdulilaah she's fine. cuma cannot talk to much. huhuhu.

so this is wat we do in the Hospital. first wad is 524 south tower.:)

Our greetings notes. we just wanted to play2 with ecah. ahahahaha.:P aku dh ckp ecah aku akan buat. hahahaha.:P oh ya, sorry x nmpk tulisan mine pnye tertulis 'HELO!', aisya tulis "HI", Aimi is "Assalamualaikum" hahaha.:P

Tqah gives to her beloved sister= comei2.:DD


the blue kambing/ biri2 is our gifts. i caught my eye on that sheep at the souvenir shop. hahahaha.cute rite? her name now is Nik Nur Kambing/ Nik Nur sheep/ nik Nur Goat(pilihla mana2. haha). yg sblah tu namanya Nik Nur Bear!.:))

watching her ate her caramel pudding. xnmpk carameel pnnn.:((
Usie.:DD
Happy face. but sakit di dalam. hahaha..switching rooms & building!!
Tqah tgh sibuk mengemas barangg..khusyuk la sgt. hahaha.:P
she was sitting on my lap. romantic kan?nehhhhhhh... hahahahha.:P
dihalau keluar sbb dr. Hafiz sdg memeriksa pesakit. huhuhu.

Miss Liberty Tqah. with newspaper & tabung air. hahahaha.:P

Monday, December 21, 2009

TAHUN BARU DISAMBUT DGN HIBA OLEH KELUARGA AL-DJAMALULAIL.

Hari Isnin- 21 Disember 2009 bersamaan dengan 4 Muharram..

pada pkul 10 pagi, ku akhirnya kehilangan seorang Opah. selama 18 tahun aku hidup, 2 orang nenek sahaja lah tempat aku boleh ngaku pada semua orang yang "aku ada 2 orang nenek!" setelah kedua-dua arwah atuk aku meninggal sebelum aku dilahirkan.

aku tersentuh bila Walid aku kata, "sekarang tinggal Tok Hajah je sebagai nenek. Opah dah takde dah,"

Air mata aku yang memang dah kering dan aku rasa dah kering lepas hampir 11 jam menangis, masih boleh lagi aku menangis.

seharian kawan-kawan mama, sepupu, makcik2 tepuk2 belakang aku dengan aimi pujuk jangan menangis. aku dah cuba bukan tak cuba untuk xnak nangis. tapi dah x dapat nak control. tgk jasad opah aku menangis, tgk bilik opah aku menangis lagi, orang cerita pasal kematian opah aku menangis. aku teringat opah. ..mana taknya, kitaorang jaga opah sejak opah masih belum kena operate bisul waktu kitaorang umur 9thn.

suap makan, tukar lampin, mandikan opah, bawak opah jalan2, angkat opah..semua kitaorang lakukan sejak umur 9 tahun...rasa sekarang Opah takde macam opah masih ada cuma baru kitaorang hantar balik shah alam pergi rumah Abah

kebanyakkan sepupu2 aku sedih tapi x menangis, tak macam kitaorang. yes, sebab tak banyak kenangan yg diaorg ada sepanjang opah hidup. bknlah aku kata aku byk sangat berjasa. tapi entahlah. sampai skrg air mata aku masih boleh bocor setiap kali ckp pasal arwah opah.

tapi at least aku bersyukur, sepanjang urusan pengebumian berjalan lancar walaupun aku terkilan x dpt nk baca Yassin untuk arwah. pengebumian berlangsung selepas solat asar, hampir 200 org jemaah tunaikan solat jenazah untuk arwah. alhamdulilaah. muka arwah opah seolah-olah tersenyum selepas dimandikan.

dikebumikan di seksyen 21 Shah Alam bersebelahan dgn cicitnya,(rasanya lah)...pengebumian berlaku dgn cepat sehingga aku seolah-olah x rasa opah dah takde lagi di muka bumi ni.:(

tggal jasad.
keadaan arwah opah ketika doktor tiba untuk check nadi. sedih gile time ni. First time aku mengalami saat kematian orang kat rumah aku sendiri. lebih2 lagi dia nenek sendri. hhuhuhu.
seolah-olah arwah masih bernafas di sebalik kain putih.
selepas dimandikan dan dikafankan di masjid darul ehsan ss15. nampak bersih sahaja muka arwah. tenang.
menantu arwah opah-balu arwah Ami U, ende yan sedang beri penghormatan terakhir.
anak arwah 7 orang tolak 1, cucu tidak terbilang dgn jari, cicit juga ramai, berebut mahu beri penghormatan terakhir. Arwah sungguh beruntung!

cucu terakhir memberi penghormtan..

semoga roh Arwah Opah, S.Zabidah binti S.Esa dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beramal soleh!

Friday, December 18, 2009

MAAL HIJRAH-MINGGU & TAHUN YANG MULIA


gambar di tgkp di PLAZA ALAM CENTRAL, SHAH ALAM. bahagian laptop. comel kan benda ni? aku sendiri x taw apa kegunaan dia. kang main tekan-tekan. rosak plak barang orang. xpasal2 aku kena beli. cari duit tuuuhhh!

Minggu yang biasa-biasa. tapi aku seronok! aku dapat benda baru.

bukan Tarbiyah la. tapi BENDA! BENDA! Harta dunia yang sementara tuh! huhu.:P

sementara Mak aku yang masih sakit, dia expend cuti dia jadi 3minggu. there goes my jogg. haha. but nevermind!

sejak mama expand cuti & makin sembuh. aku dapat...

  • upgrade balik IC baru aku..(tapi gambar aku gemok siot! menci menci! >:()
    -tukar akaun bank daripada mama ke nama aku( tapi malangnya dapat surat saman rm80. hei! mama yang parking bukan aku ye. ahaks.:P)
    - dapat beli seluar jeans baru! (yeay! aku menanti saat ini sekian lama. aku x pernah ada seluar jeans cukup pinggang aku. yg ada pun 2 jenis je.:( )
    - dapat guna kereta! hahahahahaha. mama dah bagi kepercayaan sikit2.
    - dapat KASUT baru! yiehaaa! senang aku nak pakai g kelas sem 2 nanti! hehehe.
    - dapat makan sushi! hahahaha. diet2.berat aku dh turun 2 kg.ngee:)
    - dapat tengok wyang, AVATAR! keh3.:P
    - dapat tunaikan solat dhuha & Israq dekat masjid Shah Alam(yg ni saje2 teman mama, sempena maal hijrah kan? masjid tgh kosong pagi2.)
    -Mama dapat bonus! hahahahahhaha.:p

okey la jugak minggu ni. cuma satu je yg x ok. aku xdpt nk g jogg je. bosan larh.huhuhu.;s

Bestest Movie 2009



AVATAR

Seriously i LOVE this movie! gila best! gila cool! how did they manage to do it? sangat hebat! sangat cantik scenary dia. WAh itu! Wah ini! WAH sana!

best part in this movie is......Mak aku tak tdo!

hahahaha.

at first she refused to watch this movie because we said it is science fiction. but tgk2 dia yg x tdo. excited lebih nampak. hahahaha.:P

Oh ya, mak aku kata 1 thing yg buat dia tgk ialah sbb "Suara Jake Sully sedap!"

hahahhaa. yeah. aku setuju pon. suara kelakian. :D
sam worthington berlakon sbagai Jake Sully, and blakang tu Avatar dia. aku suka dia. dia lawak jugak dalam cite ni. serious2. tapi masih ada part yg lawak. sangat best ah lawak dia. lawak spontan. haahaha.

actually he's quite a MACHo man. i know that's not his legs. kaki sape dia amik eh?
& how did they do it? tabik2!

Avatar is a movie that i can watch anytime compare to 2012 which i won't watch again. because 2012 is the FIRST movie that can 'dodoi' me to sleep! huhuhu.

coolest part in the movie is:

Human needs their KEYS to control their Machine, but for the Pandora ppl that is Avatar, they need Their HAIR PLUG to control their animals! xnak guna je tarik plug! ahahhaha..sungguh senang hidup nk kawal binatang. lol.:P

:DD

Saturday, December 12, 2009

AKU BUKAN USTAZAHH LARH...

Aku selalu tertanya-tanya...

Muka aku ni...nampak ALIM sangat ke?

Salah kah aku menutup aurat?

tapi kenapa kawan aku pernah kata aku "ustazah" padahal kawan aku yang lain pun bertudung. apa pasal aku sorang je dia kata "alyaa ni macam ustazah so takut sikit"

"What?"

aku makan orang ke? aku rasa aku makan nasi..! aku bukannya benci atau tak suka bila digelar ustazah. tapi aku rasa aku ni seolah-olah tak LAYAK digelar ustazah. aku tak layak nak pimpin sape-sape. aku banyak kekurangan.

aku pernah buat Dosa BESAR dan jugak kecil. Tak tertanggunglah dosa aku ni. bagi aku, TITLE Ustazah ni bukan boleh dilelong suka-suka hati macam " OH dia nampak alim. mesti dia ustazah kan?" ATAU "OH, dia pakai tudung labuh mesti dia ustazah,"

ini dikatakan fikiran manusia KOLOT! CETEK!

Apa? ingat semua orang pakai tudung kira ustazah ke? alarhh..tgk skrg orang pakai tudung litup tapi pakai shirtless itu pun kira Ustazah gak ke? Tolonglaa...aku bosan dgn perangai manusia macam ni. seseorang insaf pakai tudung masuk kelas pun diaorang akan kata" Eh! ustazah baru datang ah" dalam nada perli. Eh! salah ke orang insaf??

Tak semua perempuan bertudung baik atau alim. zaman moden sekrang ni pun. ramai perempuan pakai tudung tapi waktu malam jadi GRO! mende tu? boleh declare sebagai ustazah ke camtu?? so pls! DON'T JUDGE a BOOK BY IT's COVER!

Aku pun bukan baik sangat. banyak perkara Aib dah aku lakukan. bila aku fikir balik. aku rasa teramat sedih! & malu! malu kepada mama & walid, malu kepada kawan-kawan aku. & semestinya malu kepada ALLAH! aku sekarang mahu insaf..aku mahu tunaikan balik hajat mama dan walid yang pernah aku lalai seketika. hajat aku! tanggungjawab aku kepada ALLAH dan mama dan walid. so tolonglah...jangan judge aku kata aku Ustazah. because i am NOT!

I DONT Deserve that tittle!

sekarang aku lebih berminat membaca novel menjurus kepada Islam.

daripada buku Wo Ai Ni ALLAH, Mukasurat144(ramuan pembasuh dosa dan ubat penyakit hati):
"ambillah 10 mcm ramuan. ambillah akar pohon fakir bersama akar2 pohon tawadduk ataw kerendahan hati, jadikanlah padanya tumbuhan taubat, taruhkanlah ke dalam lompang keredaan, dan tumbuklah dgn penumbuk qanaah. lalu, simpan di kuali takwa, tuangkanlah padanya air malu, didihkanlah dgn api mahabbah, tuangkanla ke gelas syukur, kemudian kipasilah dgn kipas harapan, lalu minumlah dgn sendok pujian. sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu drpd semua penyakit dan bencana di dunia dan akhirat. insyaALLAH!"


ini hanya kata-kata kiasan.
sesiapa yang bijak. fahamilah dan dalamilah maksud ini.:)

BAIT-BAIT INDAH...

anak saudara aku solat-Farisha, 8tahun.

"Sekiranya kita CINTA pada manusia.

TIDAK semestinnya manusia cinta pada kita,

Tetapi sekiranya kita cinta pada ALLAH.

Nescaya cinta ALLAH tiada PENGHUJUNGNYA.

Sekiranya kita CINTA pada manusia.

Kita akan CEMBURU pada orang yang menyintai mereka yang kita SAYANG.

tetapi sekiranya kita CINTA pada ALLAH

Kita akan turut MENCINTAI orang yang MELABUHKAN CINTA kepada ALLAH juga
."


Aku khas kan ni pada kawan-kawan kat luar sana. daripada kata-kata ni, biarpun ringkas. tapi banyak iktibar yang dapat aku ambil. tarbiyah buat aku. subhhanALLAH.

P/s: jadi fikirlah. buat apa kau nak menaruh rasa kurang selesa atau KURANG SUKA pada seseorang atas dasar rasa cemburu kau yang DULU semata-mata kerana DIA berkawan dengan bekas kekasih kau? tolonglah..buang perasaan tu. :(